SELAMAT DATANG DAN KEMBALI KEPADA ALAM SEMULAJADI


Tuesday, April 26, 2011

Susu Kambing

Khasiat:  SUSU KAMBING/GELANG SUSU (Euphorbia hirta) - Antara kimia aktif terdapat dalam herba ini ialah alkaloid, polifenol, flavonoid, quersitrin, santhorhamnin, tanin, asam organik palmitat oleat dan asam lanolat.  Selain itu ia mengandungi kautshuk, tarakserol, tarakseron, terpenoid eufosterol.  Nenek moyang kita telah menggunakan herba ini sebagai ulam samada secara mentah atau direbus.  Dalam perubatan tradisional ia digunakan untuk merawat asma bronkitis, pelbagai masalah paru-paru dan kekejangan tenggorok.  Walaupun dalam perubatan moden ia banyak digunakan dalam merawat penyakit dalam usus.  Namun penggunaan herba ini tidak seharusnya digunakan tanpa bimbingan pakar atau pengamal perubatan tradisional kerana pengambilan dos yang berlebihan akan menyebabkan radang gastrik usus, loya dan muntah-muntah.  Walaupun ianya mampu melegakan ronga-ronga kerongkong tetapi mampu juga memberi tekanan kepada jantung dan pernafasan.  Biasanya ia digunakan bersama herba antiasma yang lain spt Grindelia camporum dan Lobbelia inflataPati Susu Kambing ini juga membantu merawat kaki makan air, bisul, disenteri (cirit-birit), enteritis (bengkak usus), masalah kulit dan penyakit siflis.  Manakala getah batangnya mampu menghapuskan ketuat (Di ulang 2-3 kali dlm seminggu) dan getah ini juga dikatakan boleh dijadikan ubat apabila digigit ular berbisa.

No comments: