Cymbopogon citratus |
Khasiat : SERAI (Cymbopogon citratus). Serai mempunyai banyak spesies. Ini termasuklah Serai Jawa, Serai Paha Ayam dan Serai Wangi. Serai digunakan secara biasa sebagai perencah dalam masakan dan bahan campuran dalam Nasi Kerabu. Digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit Senggugut. Cara menggunakannya ialah daunnya ditumbuk atau diblend dan dicampur bersama garam, lada hitam, halia bara dan direbus. Air rebusannya kemudian diminum. Tidak dinyatakan berapa kalikah meminum air rebusan bahan ini tetapi seeloknya ia diamalkan terutamanya seminggu sebelum haid. Serai juga digunakan di dalam pembuatan minyak angin. Dipercayai minyak Serai wan sering digunakan di dalam amalan ilmu pengasih.
No comments:
Post a Comment