Catharantus Roseus |
Khasiat : KEMUNTING CINA (Catharanthus roseus). Tumbuhan ini mempunyai 2 spesies iaitu bunga Putih dan Bunga Pink. Herba ini biasanya tumbuh di kawasan berpasir terutamanya di tepi pantai. Bahagian yang digunakan biasanya keseluruhan pokok. Bahan kimia yang terdapat di dalam tumbuhan ini amat banyak termasuklah alkaloids, tannin, sterols, sesquiterpenes, serpentin, reserpine, vinblastine (vincaleucoblastine), vincristine, ricinoleiec acid (biji), yohimbine, carotene dan berbagai lagi. Herba ini antitumor dan leukimia (vinblastine dan vincristine), oncolytic aktiviti (vinblastine sulphate, vinleurisine, vinrosidine dan vincristine.) Secara tradisionalnya herba ini digunakan untuk Leukimia, Kencing Manis dan Darah Tinggi, Asma & Bronkhitis, Demam, Radang Perut & Disentri, Kurang Darah (Anemia), Tangan Gementar, Luka Terbakar, Bengkak, Bisul , Beguk dan luka biasa. Cara penggunaan herba ini hanya akan ditulis mengikut pertanyaan daripada pengguna. Ingatan: Penggunaan herba ini perlu berhati-hati kerana ia beracun jika terlebih pengambilannya. Bertanyalah kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional.
No comments:
Post a Comment