SELAMAT DATANG DAN KEMBALI KEPADA ALAM SEMULAJADI


Tuesday, April 26, 2011

Gelenggang

Cassia alata

Cassia tora
Khasiat :  GELENGGANG BESAR (Cassia alata) -  Tumbuhan ini biasanya tumbuh di tepi sungai atau kawasan lembab dan senang ditemui kerana bunganya yang berwarna kuning.  Pucuknya sedap dijadikan ulam celur.  Sifat tumbuhan ini panas.  Digunakan  secara tradisional untuk penyakit kulit - gatal, kurap yang dibawa oleh parasit, badang dan uluran.  Nama Gelenggang besar bagi keturunan Kadazan dipanggil Sisial.  Bagi keturunan Kadazan, mereka menggunakan daun muda (pucuk) untuk mengubati cacing.  Ianya dihancurkan di atas telapak tangan dan disapu ke atas kulit (perut).  Ia dipercayai akan lebih mujarab jika pucuk tersebut digumpal dan disapu kepada kulit ketika berdiri berdekatan dengan pokok berkenaan.  Selepas disapu pucuk daun tersebut dibuang dan 'pesakit' akan berjalan tanpa memalingkan muka ke belakang.
GELENGGANG SENI (Cassia tora) - Tumbuhan ini biasa ditemui di tanah baru dibuka atau di padang yang tidak digunakan.  Pucuknya juga dijadikan ulam.  Sifat tumbuhan ini panas. Bahagian yang dibuat ulam ialah pucuk muda yang dicelur terlebih dahulu.  Digunakan secara tradisional untuk membantu merawat penyakit kulit seperti gatal dan kurap, bengkak bernanah , uluran dan sembelit.  Masyarakat melayu dahulu juga menggunakan herba ini sebagai pembalut tungku.     Bagi kebanyakkan orang kampung samada dulu atau sekarang, mereka memakan ulam ini walaupun mereka tidak mempunyai penyakit seperti khasiat tumbuhan ini.  Sebenarnya mereka telah menyediakan payung sebelum hujan.  Contohnya Sembelit.  Penyakit ini tidak akan terjadi kepada mereka kerana ulam pun merupakan serat yang membantu proses penghadaman apalagi Gelenggang Seni merupakan tumbuhan ubatan bagi penyakit ini.

No comments: