SELAMAT DATANG DAN KEMBALI KEPADA ALAM SEMULAJADI


Wednesday, April 27, 2011

Naga Buana

Phylianathus pulcher
Khasiat  :  NAGA BUANA (Phylianathus pulcher).  Dikenali juga dengan nama Nagabonor.  Tumbuhan ini senang ditemui di pinggiran sungai berpasir, ia selalunya dibawa air banjir dari satu tempat ke tempat yg lain.    Herba ini berdaun spt daun asam jawa dan ia telah digunakan sebagai ubat tradisional oleh masyarakat kampung untuk membantu sakit gigi, melecur, demam panas dan kudis malam (daunnya digiling dengan beras dan ditampal tanpa menampal permukaan kudis)Bahan kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini bersifat antitumor (Kanser).  Keistimewaan tumbuhan ini, ia mampu membantu merawat pesakit batu karang di dalam pundi kencing.  Ia biasanya digunakan bersama pokok Buah Kepala Rebat (pokok yang sukar ditemui kini kerana musnah akibat pembukaan tanah baru untuk pertanian), Akar Paku Selaginella (Banyak ditemui di dalam kebun-kebun getah).  Cara penggunaannya pokok Naga buana/Nagabonor diambil 3 pokok, sepotong buah Kepala Rebat dan 2 pokok paku Selaginella (akar sahaja) dan direbus bersama 7 gelas air.  Biarkan air rebusan tersebut kering sehingga bakinya anggaran 3 gelas.  Baki air rebusan tadi diminum sebelum makan, 3 kali dalam sehari dan pastikan buang air kecil yang pertama, dibuang ke dalam botol plastik untuk melihat batu karang yang keluar.  Dapatkan nasihat pakar untuk menggunakan tumbuhan ini.  
Lokasi gambar tumbuhan di atas diambil di Sungai Sawo iaitu sungai yang  menganjur dari timur (bukit sawo) ke barat (Kemuning), Daerah Machang, Kelantan.

No comments: