SELAMAT DATANG DAN KEMBALI KEPADA ALAM SEMULAJADI


Tuesday, April 26, 2011

Sekati Lima


Agonosma marginata

Khasiat  :  Sekati Lima.  Tumbuhan ini biasa ditemui di dalam kebun getah atau belukar. Batangnya berwarna putih dan kelihatan bintil-bintil besar timbul.  Belakang daun ini berwarna putih seperti warna belakang daun Alek Tembaga.  Digunakan secara tradisional untuk Jamu lepas bersalin.  Cara ia digunakan adalah dengan merebus akarnya dan airnya diminum.  Ia juga biasa digunakan oleh kaum bapa masa dulu sebagai ramuan sakit urat bersama Akar Supet Garam, Leban Hitam dan Akar Candik Murai.  Kini tumbuhan ini sukar ditemui di sesetengah tempat kerana pekebun kecil getah telah menggunakan racun anak kayu dan biasanya apabila tanam semula getah, kebun getah tersebut  telah disamakan tanah menggunakan jentolak maka dengan sendirinya tumbuhan ini mula pupus.  Untuk mengelakkan tumbuhan asal ini pupus, maka pihak-pihak berkenaan seharusnya menanam semula samada dijadikan hiasan tepi jalan atau ditanam di Taman Etnobotani. 


No comments: