Gandarusa vulgaris |
Khasiat : GANDARUSA HITAM (Gandarussa vulgaris). Tumbuhan berubat ini biasanya digunakan oleh masyarakat kampung sebagai tumbuhan pagar untuk hiasan. Gandarusa mempunyai 3 spesies termasuk GANDARUSA BELANG (Gandarussa spp.) dan GANDARUSA HIJAU (Gandarussa spp.). Dalam perubatan tradisional Gandarusa Hitam digunakan untuk membantu merawat Sengal-sengal Sendi, Sakit Belakang, Pinggang, Kudis Malam (Pucuk), patah, terseliuh dan wanita lepas bersalin sementara Gandarusa Belang pula digunakan untuk Sengal Sendi dan Bisul. Gandarusa Hijau pula ia digunakan untuk membantu merawat Patah Tulang, Bisul, Rheumatik (Sengal Tulang) dan Sengal Sendi. Untuk rawatan biasanya orang-orang tua kita dahulu menggunakan daunnya yang tua, digiling bersama beras dan ibu Kunyit (Kunyit tua) dan tampal ditempat yang ingin dirawat. Ingatan: Jika kulit seseorang bermasalah atau anda tidak tahu ada baiknya bahan tersebut dicampur minyak masak samada minyak Kelapa atau Minyak Kelapa Sawit bertujuan mengelakkan kulit melecuh kerana daun Gandarusa bersifat panas.
No comments:
Post a Comment