SENDUDUK. Tumbuhan berubat ini mempunyai banyak spesies dan tinggi nilai ubatannya. Pokok Senduduk Putih berbatang dan berbuah merah yang terpapar ini sukar ditemui kerana mempunyai batang daun dan buah seperti Senduduk biasa tetapi kelainan yang ada padanya ialah ia berbunga putih. Di antara Senduduk yang ada di Malaysia adalah seperti Senduduk Kampung (Melastoma Malabatricum), Senduduk Paksa, Senduduk Padang (Pokok kecil dan berbunga cantik, biasa tumbuh di padang berpasir), Senduduk Bulu, Senduduk Putih daun lembut dgn bulu halus (Melastoma decemfidum roxb./Melastoma Imbricatum), Senduduk Bunga Biru/Meron, Senduduk Bukit (Pokok tinggi, buah sebesar ibu jari kaki, biasanya tumbuh di tanah tinggi) dan Senduduk Merah (amat sukar ditemui spt juga Senduduk Putih, Btg Merah). Nilai perubatan yang diketahui terdapat pada tumbuhan ini ialah ia dapat memulihkan orang Gila.Tidak diketahui bagaimanakah cara perubatannya. Senduduk Putih yang tertera pada gambar ini ditemui di kawasan lalang dan pokok Senduduk biasa di Kg Soi Jalan Pekan - Kuantan iaitu kawasan penanaman sayuran. Terima kasih kepada hamba Allah yang bernama Muhammad bin Yusof kerana bersusah payah mengambil pokok ini untuk saya walaupun saya yang menemui pokok ini. Pokok ini masih ada di rumah saya dan telah berbunga banyak kali. Ada seorang wanita dari Melaka yang dtg ke rumah saya dan apabila ditunjuk bunga ini, beliau terus memakannya. Apabila ditanya beliau menjawab sudah lama mencari bunga ini dan tujuannya tidak diberitahu kerana dikatakan masalah wanita. Senduduk biasa (Melastoma Malabatricum) digunakan sebagai jamu utk wanita lpas bersalin (pucuk direbus), buahnya yang masak utk menghentikan darah haid (makan), penawarnya minum air rebusan akarnya, darah haid akan keluar semula. Debu dari kulit akarnya digunakan utk ubat sapu pada luka.
No comments:
Post a Comment