SELAMAT DATANG DAN KEMBALI KEPADA ALAM SEMULAJADI


Friday, April 29, 2011

Tembaga Suasa

 Crinum asiaticum 

Khasiat  :  TEMBAGA SUASA (Crinum asiaticum).  Dikenali juga dengan nama Bakung.  Tumbuhan ini bersifat sejuk dan memerlukan teduhan.  Kini herba ini dijadikan tanaman hiasan kerana daun dan bunganya yang cantik.  Daunnya berkhasiat untuk sakit kepala dan salah sendi (Daunnya diketuk dan ditampal ditempat yang sakit).  Ingatan:  Bagi Salah Sendi pastikan jumpa pakar atau tukang untuk memulihkan sendi ke tempat asal kemudian barulah ditampal dengan daun herba ini. 

Thursday, April 28, 2011

Sagu Berenai

Sagu Berenai/Sagu Bemban
Khasiat  :  Sagu Berenai ( Tiada nama Saintifik).  Dikenali juga dengan nama Sagu Bemban.  Tumbuhan ini bersifat sejuk.  Digunakan secara tradisional untuk demam panas (isinya yang putih dihancurkan dan ditampal di dahi pesakit)Ia juga digunakan untuk pecah mulut (kemam dalam mulut) dan kayap (isinya ditampal pada kayap).  Foto ini diambil di tapak rumah lama arwah Pak Hamat (seorang yang amat dikenali satu masa dulu) di Kampung Bukit Tiu, 18500 Machang, Kelantan.
 

Bawang Darah

Lycoris radiata

Khasiat  :  BAWANG DARAH (Lycoris radiata).  Dikenali juga dengan nama Bawang Abu.  Tumbuhan ini hidup berkelompok spt Serai dengan isinya berwarna merah dan berlapis-lapis seperti bawang merah.  Digunakan secara tradisional untuk batuk, fever dan mencair dan mengeluarkan darah beku daripada badan.




Sireh

Piper bettle L
Khasiat  :  SIREH (Piper bettle Linn).  Dipanggil juga dengan nama Cengek.  Bersifat mengerut dan rasa pedas.  Tumbuhan memanjat ini mempunyai banyak spesies termasuklah Sireh Pedas, Sireh Keling, Sireh Udang, Sireh Cina dan Sireh Terengganu.  Ia adalah tanaman makanan bersama Pinang (Areca Cathecu), Kapur (dari kulit Kerang) dan GambirSireh amat dikenali dalam adat resam melayu kerana ia merupakan santapan kepada tetamu semasa bertandang ke rumah di zaman nenek moyang kita dahulu.  Ia juga merupakan bahan yang digunakan dalam majlis perkahwinan dan perubatan tradisional.  Tumbuhan ini terdapat di Malaysia, Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Masyarakat India memakan Sireh bersama Pinang muda yang diracik, Kapur, Gambir dan sedikit tembakau.  Herba ini berkhasiat untuk menghilangkan bau badan samada melibatkan bakteria atau kulat.  Menghilangkan gatal, menahan dan menghentikan pendarahan terutamanya hidung, menyembuhkan luka pada kulit, kaki makan di air, gangguan saluran pencernaan, mengubati Cirit-birit, mengeluarkan dahak, meluruhkan ludah, hemostatik dan digunakan dalam minyak sapu.  Keistimewaan Sireh ialah ia dapat membersihkan saluran vagina dan menyempitkan faraj.

Kucing Galak


Acalypha indica


Khasiat  :  KUCING GALAK (Acalypha indica).  દીકેનાલી જુગ દેન્ગન નામ ચેકા માસ અતુ લીસ-લીસ.  Tumbuhan ini hidup ditanah berpasir.   Bau akarnya sedikit hanyir spt ikan.  Dipanggil juga dengan nama Lis-lis dan Ceka MasRebusan herba ini membantu mengubati masalah yang menyerang sistem pernafasan spt Asma, bronkhitis dan batuk.  Ia juga boleh digunakan untuk sakit sendi, ghout dan herba bersalin.  Nilai istimewa herba ini adalah untuk menambah kekuatan Tenaga Batin.  Akarnya yg dijadikan serbuk juga digunakan sebagai ubat berahi perempuan yang dicampur bersama serbuk belut laut dan air suam.  Waktu digunakan adalah menjelang malam.  Ia juga berguna utk Kurap dan Kudis (Keseluruhan herba + garam digiling dan tampal, hasil gilingan juga boleh dimasukkan ke dalam hidung utk merawat sakit badan akibat terlebih rembesan hempedu.  Air rebusan herba ini juga digunakan untuk membunuh cacing di dalam perut.  Bagi peminat Kucing, akarnya amat sesuai diberi kepada Kucing jantan bagi mengalakkan pembiakan.  Caranya dengan mencabut pokok herba ini dan tinggalkan di dalam sarangnya, Kucing jantan tersebut akan memakan akar tersebut.

Gandarusa

Gandarusa vulgaris
Khasiat  :  GANDARUSA HITAM (Gandarussa vulgaris).  Tumbuhan berubat ini biasanya digunakan oleh masyarakat kampung sebagai tumbuhan pagar untuk hiasan.  Gandarusa mempunyai 3 spesies termasuk GANDARUSA BELANG (Gandarussa spp.) dan GANDARUSA HIJAU (Gandarussa spp.)Dalam perubatan tradisional Gandarusa Hitam digunakan untuk membantu merawat Sengal-sengal Sendi, Sakit Belakang, Pinggang, Kudis Malam (Pucuk), patah, terseliuh dan wanita lepas bersalin sementara Gandarusa Belang pula digunakan untuk Sengal Sendi dan Bisul.  Gandarusa Hijau pula ia digunakan untuk membantu merawat Patah Tulang, Bisul, Rheumatik (Sengal Tulang) dan Sengal Sendi.  Untuk rawatan biasanya orang-orang tua kita dahulu menggunakan daunnya yang tua, digiling bersama beras dan ibu Kunyit (Kunyit tua) dan tampal ditempat yang ingin dirawat.  Ingatan:  Jika kulit seseorang bermasalah atau anda tidak tahu ada baiknya bahan tersebut dicampur minyak masak samada minyak Kelapa atau Minyak Kelapa Sawit bertujuan mengelakkan kulit melecuh kerana daun Gandarusa bersifat panas. 

Sambung Nyawa


Gynura procumbens


Khasiat  :  SAMBUNG NYAWA (Gynura procumbens).  Herba ini senang ditanam, hanya memetik batangnya dan ditanam di dalam pasu sebagai tumbuhan hiasan serta boleh dijadikan ulam mentah kerana rasanya yang enak.  Dalam perubatan tradisional herba ini digunakan untuk membantu merawat penyakit Kencing Manis (Diabetes), Darah Tinggi, Pening Kepala dan Batu Karang.  Keistimewaan herba ini ialah ia dapat menyekat barah daripada merebak hanya dengan memakan daun tuanya sehelai sehari.

Wednesday, April 27, 2011

Serai


Cymbopogon citratus
Khasiat  :  SERAI (Cymbopogon citratus).  Serai mempunyai banyak spesies.  Ini termasuklah Serai Jawa, Serai Paha Ayam dan Serai Wangi.  Serai digunakan secara biasa sebagai perencah dalam masakan dan bahan campuran dalam Nasi Kerabu.  Digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit Senggugut.  Cara menggunakannya ialah daunnya ditumbuk atau diblend dan dicampur bersama garam, lada hitam, halia bara dan direbus.  Air rebusannya kemudian diminum.  Tidak dinyatakan berapa kalikah meminum air rebusan bahan ini tetapi seeloknya ia diamalkan terutamanya seminggu sebelum haid.  Serai juga digunakan di dalam pembuatan minyak angin.  Dipercayai minyak Serai wan sering digunakan di dalam amalan ilmu pengasih. 

Lidah Buaya


Aloe vera
Khasiat  :  LIDAH BUAYA (Aloe vera).  Tumbuhan ini mempunyai banyak bahan kimia.  Kandungan kimianya termasuklah proteins, polysaccharides, arganic acid (citric, malic tartaric), glycosides, arachidonic acid, amino acids, 5 - hydroxyaloin A, glucogalactomannan, anthranol, aloin, aloetinic acid aleoesin, aleoemodin, methylechromone (aloeresin C) dan lain-lain lagi.  Digunakan secara tradisional untuk membantu merawat Sembelit, Penyubur Rambut, Mengubati rambut yang mudah gugur (luruh), Siphylis, Buasir, Kencing Berdarah, Menghilangkan Jerawat, sakit Kerongkong dan Luka terbakar atau tersiram air panas yang ringan.  Kini Herba Lidah Buaya banyak digunakan di dalam campuran bahan Kosmetik

Kemunting Cina

Catharantus Roseus


Khasiat  :  KEMUNTING CINA (Catharanthus roseus).  Tumbuhan ini mempunyai 2 spesies iaitu bunga Putih dan Bunga Pink.  Herba ini biasanya tumbuh di kawasan berpasir terutamanya di tepi pantai.  Bahagian yang digunakan biasanya keseluruhan pokok. Bahan kimia yang terdapat di dalam tumbuhan ini amat banyak termasuklah alkaloids, tannin, sterols, sesquiterpenes, serpentin, reserpine, vinblastine (vincaleucoblastine), vincristine, ricinoleiec acid (biji), yohimbine, carotene dan berbagai lagi.  Herba ini antitumor dan leukimia (vinblastine dan vincristine), oncolytic aktiviti (vinblastine sulphate, vinleurisine, vinrosidine dan vincristine.)  Secara tradisionalnya herba ini digunakan untuk Leukimia, Kencing Manis dan Darah Tinggi, Asma & Bronkhitis, Demam, Radang Perut & Disentri, Kurang Darah (Anemia), Tangan Gementar, Luka Terbakar, Bengkak, Bisul , Beguk dan luka biasa.  Cara penggunaan herba ini hanya akan ditulis mengikut pertanyaan daripada pengguna.  Ingatan:  Penggunaan herba ini perlu berhati-hati kerana ia beracun jika terlebih pengambilannya.  Bertanyalah kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional.

Ati-ati

Coleus Blume

Khasiat  :  ATI-ATI (Coleus atropurpurea/Coleus Blumei).  Mempunyai dua jenis spesies.  Sejenis Ati-ati lagi berwarna merah.  Daun Ati-ati ini digunakan secara tradisional untuk menghilangkan rasa mabuk laut, ceret-beret, pedih hati dan sakit perut.  Cara menggunakannya utk mabuk laut ialah dengan daunnya direbus dan diminum 3 hari sebelum belayar.

Limau Purut

Citrus hystrix
LIMAU PURUT (Citrus hystrix).  Pucuk tumbuhan ini biasanya digunakan dalam masakan untuk mendapatkan baunya contohnya Tomyam.  Digunakan secara tradisional untuk menghilangkan kelemumur dan mencantikkan rambut.  Cara menggunakannya -  Perah air limau dan disapukan ke bahagian rambut sebelum mandi.  Limau Purut juga biasa dicium baunya untuk menghilangkan loya dan pening-pening.  Ia juga turut digunakan oleh orang-orang tua dahulu sebagai bahan campuran dalam minyak rambut bersama minyak Kelapa (Nyiur) yang ditanak sendiri.  Baunya harum.

Naga Buana

Phylianathus pulcher
Khasiat  :  NAGA BUANA (Phylianathus pulcher).  Dikenali juga dengan nama Nagabonor.  Tumbuhan ini senang ditemui di pinggiran sungai berpasir, ia selalunya dibawa air banjir dari satu tempat ke tempat yg lain.    Herba ini berdaun spt daun asam jawa dan ia telah digunakan sebagai ubat tradisional oleh masyarakat kampung untuk membantu sakit gigi, melecur, demam panas dan kudis malam (daunnya digiling dengan beras dan ditampal tanpa menampal permukaan kudis)Bahan kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini bersifat antitumor (Kanser).  Keistimewaan tumbuhan ini, ia mampu membantu merawat pesakit batu karang di dalam pundi kencing.  Ia biasanya digunakan bersama pokok Buah Kepala Rebat (pokok yang sukar ditemui kini kerana musnah akibat pembukaan tanah baru untuk pertanian), Akar Paku Selaginella (Banyak ditemui di dalam kebun-kebun getah).  Cara penggunaannya pokok Naga buana/Nagabonor diambil 3 pokok, sepotong buah Kepala Rebat dan 2 pokok paku Selaginella (akar sahaja) dan direbus bersama 7 gelas air.  Biarkan air rebusan tersebut kering sehingga bakinya anggaran 3 gelas.  Baki air rebusan tadi diminum sebelum makan, 3 kali dalam sehari dan pastikan buang air kecil yang pertama, dibuang ke dalam botol plastik untuk melihat batu karang yang keluar.  Dapatkan nasihat pakar untuk menggunakan tumbuhan ini.  
Lokasi gambar tumbuhan di atas diambil di Sungai Sawo iaitu sungai yang  menganjur dari timur (bukit sawo) ke barat (Kemuning), Daerah Machang, Kelantan.

Pokok Ajaib

Synsepalum dulcificum

Khasiat  : Pokok Ajaib (Synsepalum dulcificum) Tumbuhan ini mempunyai 5 spesies yang berbeza dari segi bentuk daunnya.  Pucuk muda berwarna merah tua digunakan utk sakit gigi (rasa kebas).  Daun tua dan akarnya diracik dan dijemur kering digunakan sebagai teh bagi membantu mengubati penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi.  Keistimewaan buahnya ialah bila seseorang memakan buahnya yang masak (buah sebesar buah Kemunting, merah) dan memakan pula buah limau kasturi, mempelam muda, jambu air atau apa saja buah yang bersifat masam, rasanya akan manis.  Bijinya pula boleh dijadikan campuran kopi bagi digunakan untuk meningkatkan Tenaga Batin.  Daun tuanya juga boleh digunakan sebagai ubat sapu untuk melegakan sakit urat, lenguh-lenguh dan sakit sendi dengan mencampurkan bersama Menthol dan minyak kayu putihKini pokok ini telah menjadi sebahagian daripada pokok hiasan laman atau lanscape kerana ia sesuai dijadikan bonsaiTumbuhan ini banyak terdapat di Kelantan dan buahnya yang masak menjadi kesukaan kanak-kanak.  Daun dan buahnya boleh dijadikan gula-gula herba jika dicampurkan bersama gandum, jelly, perasa contohnya cengkih atau pudina, pewarna makanan dan sebagainya.

Tuesday, April 26, 2011

Sekati Lima


Agonosma marginata

Khasiat  :  Sekati Lima.  Tumbuhan ini biasa ditemui di dalam kebun getah atau belukar. Batangnya berwarna putih dan kelihatan bintil-bintil besar timbul.  Belakang daun ini berwarna putih seperti warna belakang daun Alek Tembaga.  Digunakan secara tradisional untuk Jamu lepas bersalin.  Cara ia digunakan adalah dengan merebus akarnya dan airnya diminum.  Ia juga biasa digunakan oleh kaum bapa masa dulu sebagai ramuan sakit urat bersama Akar Supet Garam, Leban Hitam dan Akar Candik Murai.  Kini tumbuhan ini sukar ditemui di sesetengah tempat kerana pekebun kecil getah telah menggunakan racun anak kayu dan biasanya apabila tanam semula getah, kebun getah tersebut  telah disamakan tanah menggunakan jentolak maka dengan sendirinya tumbuhan ini mula pupus.  Untuk mengelakkan tumbuhan asal ini pupus, maka pihak-pihak berkenaan seharusnya menanam semula samada dijadikan hiasan tepi jalan atau ditanam di Taman Etnobotani. 


Kaduk

Piper sarmentosum roxb
Khasiat  :  KADUK (Piper sarmentosum roxb).  Herba ini memerlukan kawasan teduhan dan lembab.  Ia biasanya ditanam di belakang kebanyakkan rumah kampung.  Di kawasan perumahan pula biasanya ia hanya tanaman pasu kerana tumbuhan ini mudah membiak dan akan menjadi kawasan semak.  Daun Kaduk digunakan sebagai ulam dan perasa dalam masakan gulai ikan bendang atau sungai.  Digunakan secara tradisional untuk membantu mengubati Senggugut (cara menggunakannya adalah daunnya ditumbuk dan dicampur garam, lada hitam dan halia bara).  Ramuan ini kemudian direbus dan diminum.



























Gelenggang

Cassia alata

Cassia tora
Khasiat :  GELENGGANG BESAR (Cassia alata) -  Tumbuhan ini biasanya tumbuh di tepi sungai atau kawasan lembab dan senang ditemui kerana bunganya yang berwarna kuning.  Pucuknya sedap dijadikan ulam celur.  Sifat tumbuhan ini panas.  Digunakan  secara tradisional untuk penyakit kulit - gatal, kurap yang dibawa oleh parasit, badang dan uluran.  Nama Gelenggang besar bagi keturunan Kadazan dipanggil Sisial.  Bagi keturunan Kadazan, mereka menggunakan daun muda (pucuk) untuk mengubati cacing.  Ianya dihancurkan di atas telapak tangan dan disapu ke atas kulit (perut).  Ia dipercayai akan lebih mujarab jika pucuk tersebut digumpal dan disapu kepada kulit ketika berdiri berdekatan dengan pokok berkenaan.  Selepas disapu pucuk daun tersebut dibuang dan 'pesakit' akan berjalan tanpa memalingkan muka ke belakang.
GELENGGANG SENI (Cassia tora) - Tumbuhan ini biasa ditemui di tanah baru dibuka atau di padang yang tidak digunakan.  Pucuknya juga dijadikan ulam.  Sifat tumbuhan ini panas. Bahagian yang dibuat ulam ialah pucuk muda yang dicelur terlebih dahulu.  Digunakan secara tradisional untuk membantu merawat penyakit kulit seperti gatal dan kurap, bengkak bernanah , uluran dan sembelit.  Masyarakat melayu dahulu juga menggunakan herba ini sebagai pembalut tungku.     Bagi kebanyakkan orang kampung samada dulu atau sekarang, mereka memakan ulam ini walaupun mereka tidak mempunyai penyakit seperti khasiat tumbuhan ini.  Sebenarnya mereka telah menyediakan payung sebelum hujan.  Contohnya Sembelit.  Penyakit ini tidak akan terjadi kepada mereka kerana ulam pun merupakan serat yang membantu proses penghadaman apalagi Gelenggang Seni merupakan tumbuhan ubatan bagi penyakit ini.

Susu Kambing

Khasiat:  SUSU KAMBING/GELANG SUSU (Euphorbia hirta) - Antara kimia aktif terdapat dalam herba ini ialah alkaloid, polifenol, flavonoid, quersitrin, santhorhamnin, tanin, asam organik palmitat oleat dan asam lanolat.  Selain itu ia mengandungi kautshuk, tarakserol, tarakseron, terpenoid eufosterol.  Nenek moyang kita telah menggunakan herba ini sebagai ulam samada secara mentah atau direbus.  Dalam perubatan tradisional ia digunakan untuk merawat asma bronkitis, pelbagai masalah paru-paru dan kekejangan tenggorok.  Walaupun dalam perubatan moden ia banyak digunakan dalam merawat penyakit dalam usus.  Namun penggunaan herba ini tidak seharusnya digunakan tanpa bimbingan pakar atau pengamal perubatan tradisional kerana pengambilan dos yang berlebihan akan menyebabkan radang gastrik usus, loya dan muntah-muntah.  Walaupun ianya mampu melegakan ronga-ronga kerongkong tetapi mampu juga memberi tekanan kepada jantung dan pernafasan.  Biasanya ia digunakan bersama herba antiasma yang lain spt Grindelia camporum dan Lobbelia inflataPati Susu Kambing ini juga membantu merawat kaki makan air, bisul, disenteri (cirit-birit), enteritis (bengkak usus), masalah kulit dan penyakit siflis.  Manakala getah batangnya mampu menghapuskan ketuat (Di ulang 2-3 kali dlm seminggu) dan getah ini juga dikatakan boleh dijadikan ubat apabila digigit ular berbisa.

Daun 5 Rial

Daun 5 Rial
Khasiat: Antikanser, Digunakan untuk kanser Payu Dara, Kanser Rahim dan Kanser Otak sebagai ubat tampal digiling bersama beras.  Ia juga pokok hiasan rumah dan lanscape.

Setawar

Kalanchoe laciniata



































SETAWAR PUTIH (Costus speciosus), SETAWAR KG (Kalanchoe laciniata) - Untuk Selsema, Sakit sendi, batuk, pelembab, demam cacar, Boleh mengurangkan pembengkakkan bisul, payudara, bengkak-bengkak, radang kebakaran dan tersiram air panas.  Manakala SETAWAR BENDANG kini dijadikan  pokok hiasan rumah atau lanscape kerana ia cantik (batang pokoknya yang berpusing dan bunganya yang berwarna putih).  Herba ini memerlukan kawasan teduhan dan tanah bersaliran baik dan sedikit lembab.  Khasiatnya dalam perubatan tradisional adalah campuran bersama Daun 5 Rial, isi Raja Satun dan sedkit beras, digiling dan ditampal untuk Bengkak Payu Dara (Kanser Payu Dara).   Gambar ini diambil di kawasan Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang, Kelantan.
Setawar Bendang























 
























































Friday, April 22, 2011

Senduduk


Senduduk Putih, Batang Merah
SENDUDUK.  Tumbuhan berubat ini mempunyai banyak spesies dan tinggi nilai ubatannya.  Pokok Senduduk Putih berbatang dan berbuah merah yang terpapar ini sukar ditemui kerana mempunyai batang daun dan buah seperti Senduduk biasa tetapi kelainan yang ada padanya ialah ia berbunga putih.  Di antara Senduduk yang ada di Malaysia adalah seperti Senduduk Kampung (Melastoma Malabatricum), Senduduk Paksa, Senduduk Padang (Pokok kecil dan berbunga cantik, biasa tumbuh di padang berpasir), Senduduk Bulu, Senduduk Putih daun lembut dgn bulu halus (Melastoma decemfidum roxb./Melastoma Imbricatum), Senduduk Bunga Biru/Meron, Senduduk Bukit (Pokok tinggi, buah sebesar ibu jari kaki, biasanya tumbuh di tanah tinggi) dan Senduduk Merah (amat sukar ditemui spt juga Senduduk Putih, Btg Merah).  Nilai perubatan yang diketahui terdapat pada tumbuhan ini ialah ia dapat memulihkan orang Gila.  Tidak diketahui bagaimanakah cara perubatannya.  Senduduk Putih yang tertera pada gambar ini ditemui di kawasan lalang dan pokok Senduduk biasa di Kg Soi Jalan Pekan - Kuantan iaitu kawasan penanaman sayuran.  Terima kasih kepada hamba Allah yang bernama Muhammad bin Yusof kerana bersusah payah mengambil pokok ini untuk saya walaupun saya yang menemui pokok ini.  Pokok ini masih ada di rumah saya dan telah berbunga banyak kali.  Ada seorang wanita dari Melaka yang dtg ke rumah saya dan apabila ditunjuk bunga ini, beliau terus memakannya.  Apabila ditanya beliau menjawab sudah lama mencari bunga ini dan tujuannya tidak diberitahu kerana dikatakan masalah wanita. Senduduk biasa (Melastoma Malabatricum) digunakan sebagai jamu utk wanita lpas bersalin (pucuk direbus), buahnya yang masak utk menghentikan darah haid (makan), penawarnya minum air rebusan akarnya, darah haid akan keluar semula.  Debu dari kulit akarnya digunakan utk ubat sapu pada luka.
 
Senduduk Bulu