SELAMAT DATANG DAN KEMBALI KEPADA ALAM SEMULAJADI


Sunday, May 1, 2011

Celaka Putih

Plumbago zeylanica
Khasiat  :  CELAKA PUTIH (Plumbago zeylanica).  Dikenali juga dengan nama Daun Jarak kerana daunnya yang mujarab.  Tumbuhan ini mudah ditemui di hutan cangkat rendahIa mempunyai 3 spesies iaitu CELAKA BIRU (Plumbago auriculata) dan CELAKA MERAH kerana warna bunganya.  Celaka Merah sukar ditemui kini kerana aktiviti pembalakan yang tiada kesudahannya dan memungkinkan ia pupus dari bumi ini.  Kini tumbuhan ini dijadikan pokok hiasan  atau pagaran kerana kecantikan bunganya yang berwarna samada putih atau biru.  Digunakan secara tradisional untuk menjarangkan anak (caranya dengan merebus daun dan akarnya, airnya diminum), air rebusan daun digunakan untuk perempuan lepas bersalin bagi mengelakkan penyakit meroyan atau membantu mengubati penyakit meroyan, membersihkan dalaman perut, Arthritis (radang sendi), Rheumatik (Sengal Tulang), kurap dan kusta.  Selain daripada minum air rebusan daunnya bagi pesakit Arthritis, daunnya boleh ditampalkan pada sendi dengan cara melumatkan daun dan dicampur minyak masak.  Pucuknya boleh juga digunakan sebagai ulaman atau sayuran.  Tumbuhan ini TIDAK boleh digunakan oleh wanita hamil kerana ia bersifat panas.  Dipercayai jika wanita hamil mengisi daunnya dalam kain yang dipakai, kandungannya akan gugur.  Ingatan:  Penggunaannya  perlu ikut peraturan yang ditetapkan kerana jika digunakan berlebihan suhu badan akan meningkat dengan mendadak.  Oleh itu, sebarang penggunaan tumbuhan ini perlulah mendapatkan nasihat pakar atau pengamal perubatan tradisional.

1 comment:

Anonymous said...

Mana nak dapatkan pokok ini ye? saya perlukannya untuk rawatan tulang. emel msz.redz@gmail.com.