SELAMAT DATANG DAN KEMBALI KEPADA ALAM SEMULAJADI


Sunday, May 1, 2011

Bayam Jantung


Bayam Jantung
Khasiat  :  BAYAM JANTUNGHerba ini memerlukan kawasan teduhan dan lembab.  Ia mudah ditanam hanya menggunakan keratan batang atau anak pokok.  Jika anda menanamnya sebagai tanaman hiasan kerana warnanya yang merah tua, anda akan dapati kawasan tersebut penuh dengan anak pokok yang masih kecil apabila bunganya cukup matang dan diterbangkan oleh angin.  Pokok menjalar ini sesuai ditanam sebagai tanaman tutup bumi bersama tumbuhan tutup bumi yang berwarna hijau.  Gabungan 2 warna pokok ini akan menyerikan lanscape rumah anda dan herba ini berguna secara tradisional dan berkhasiat membantu melancarkan peredaran darah dan merawat Jantung daripada lemak yang berlebihan.  Ingatan:  Jika pesakit lemah jantung ingin menggunakannya patuhilah nasihat pakar herba atau pengamal perubatan tradisional.

No comments: