ASAM JAWA (Tamarindus indica Linn).
|
Bunga Asam Jawa |
Dikenali juga dengan nama Celagi - Kelantan. Pokok berkayu ini mudah ditemui di mana saja terutama di kampung-kampung di kawasan pantai. Isi buahnya yang telah masak digunakan di dalam masakan, kuah pencicah, colek buah dan minuman kesihatan komersial. Manakala teras kayunya yang berwarna kemerahan biasanya digunakan untuk membuat ulu kapak, ulu tukul, ulu parang, ulu badik dll. Kegunaan dalam perubatan tradisional pula ialah bagi membantu sakit atau gatal tekak, batuk, asma (lelah), kencing manis (diabetes) dan demam dengan cara mengambil jus asam jawa + air kulit batangnya + gula batu = minum.
|
Buah Asam Jawa |
Jus asam jawa yang dicampur debu kacang hijau dan kangkung pula baik untuk menurunkan berat badan. Air jus asam jawa juga digunakan untuk menurunkan panas badan dengan menyapunya pada dahi. (Ingatan: Jus pekat yang dijual di pasaran tidak elok digunakan untuk perubatan, gunakanlah jus yang asli). Sementara itu, terasnya yang berwarna merah kehitaman atau hitam adalah penawar yang mujarab kepada kegunaan perubatan tradisional. Teras ini jika diakstrak ke bentuk debu yang larut di dalam air, mampu membantu penyakit yang disebutkan di atas tanpa menggunakan jus buahnya tetapi kini terasnya sukar ditemui kerana teras akan berlaku apabila pokoknya yang matang dan mengambil masa beratus tahun dan biasanya pokok yang mengandungi teras yang berwarna hitam, daun pokok tersebut akan mula berwarna kekuningan serta mati dengan secara semulajadi.
No comments:
Post a Comment