SELAMAT DATANG DAN KEMBALI KEPADA ALAM SEMULAJADI


Tuesday, December 3, 2013

Kunyit Hitam


    KUNYIT HITAM (Curcuma aeruginosa Roxb.).  Pada fizikalnya tumbuhan ini mempunyai daun yang berwarna hijau biasa, pelepah dan kedua-dua sisi bawah daun berwarna merah kehitaman manakala isinya pada mulanya berwarna seakan purple dan berwarna hitam apabila matang. Tumbuhan herba ini sukar ditanam kerana jangkamasa tumbuhnya 3 bulan. Digunakan secara tradisional bagi kesihatan manusia dan haiwan kerana dikatakan tinggi nilai oksidanya.  Herba ini pada dasarnya membantu memulihkan sel-sel pada organ yang disebabkan pengoksidaan dan seterusnya membantu memanjangkan  jangka hayat manusia dan haiwan.  Rasa isinya yang pahit dan harga pasaran pada sebuah blog seseorang yang pernah saya lihat ialah RM100 untuk satu pokok dan isinya RM20 untuk satu cm...Mungkin harga tersebut adalah harga penanaman, penjagaan dan urusan pos.  Saya ada tanam herba ini tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengeposnya supaya sampai dalam keadaan masih hidup kepada seseorang bagi tujuan penyelidikan dan manfaat drpd kajian klinikal tersebut akan dapat dikongsikan bersama.  Saya berharap pada masa depan tumbuhan sebegini akan berada di setiap rumah di dalam Malaysia walaupun ditanam  dalam pasu.   Bagi pendapat saya, ia tidak sesuai diniagakan dengan harga berlipatkali ganda.  Harga yang disyorkan seperti di atas itu sudah sesuai dengan cara pembenihan yang mengambil masa, penjagaan dan harga urusan pos tetapi jika isinya diakstrak memang patut harganya tinggi krn bagi mendapatkan patinya anda memerlukan dalam kuantiti yang banyak & tenaga elektrik yang tinggi dalam proses akstrak panas.  Di India herba ini ditanam secara ladang untuk mendapatkan patinya yang dikatakan merupakan herba panjang umur. 



    Kunyit Hitam yang sebenar (saya pun tidak pernah lihat) terkait dengan nilai mistik dalam kehidupan orang-orang tua zaman dahulu malahan Kunyit Hitam yang dihebohkan tersebut memang ada, biasanya tumbuh di pergunungan atau dalam bahasa mudah di banjaran tinggi seperti Banjaran Titiwangsa.  Tumbuhan ini sememangnya diburu kerana saya pernah beberapa kali telah ditanya tetapi jawapan yang paling ringkas....Tak pernah jupo eh....Tumbuhan ini hidup tidak berumpun dan paling byk mata tunas adalah 3 sahaja.  Mengikut cerita arwah datuk saya, keseluruhan pokoknya berwarna hitam, isinya akan timbul di atas tanah dan bukan dalam tanah.  Jika Kunyit Hitam tersebut dijumpai oleh seseorang, penjagaannya amat sukar kerana ia mudah mati melainkan orang yang diberi milik itu mengikut cara-cara yang telah diamanahkan.  Tumbuhan tersebut jarang diperolehi manusia kerana tujuan penggunaannya menjadi terpesong akidah kerana ia berguna untuk tujuan kebaikan tetapi manusia menggunakan isinya untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya terutamanya melibatkan perjudian.   Allahu'alam.   



No comments: